Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Outing bersama Asfon KL
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Outing bersama Asfon



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 31-Aug-2007 13:49
BERMULANYA DI SINI
Pada ruangan ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang bagaimana saya boleh terlibat dengan dunia fotografi ni. Jika berkesempatan saya akan update dari masa ke semasa dan disertakan dengan dengan gambar sekali.

Rasanya amat rugi jika pengalaman sebegini tidak didokumenkan sementara ingatan masih kuat dan segala kemudahan telah tersedia.



Pengalaman ini bermula sejak selepas spm lagi iaitu pada 1987. Minat ku dalam bidang fotografi bermula ketika aku dan kawan-kawan seusia pergi melancong ke kelantan dengan menaiki motosikal. Permandangan disepanjang perjalanan yang ku lalui iaitu pantai amat indah permandangannya dan aku terfikir, alangkan indahnya panorama ini jika dirakam melalui kamera dan disimpan dalam koleksiku. Tapi sayang aku tidak memilikinya malahan tidak mampu membelinya. Sejak itu azamku untuk memiliki sebuah kamera membara di hati dan usaha ku bermula untuk mencapai cita-cita tersebut. Macam biasalah bila ke bandar mesti singgah kat kedai kamera. Kalau tak dapat beli pun tengok pun jadilah. Tanya kat tauke kedai, macamlah kita nak beli. Tanya tentang harga, hasil gambar, kecanggihan dan apa yang dapat aku buat jika aku memilikinya. Aku mula buat kerja sambilan tolong keluarga berniaga sayur dengan tekun dan duitku kian terkumpul sedikit-demi sedikit. Membazir jauh sekali.

Begitulah keadaanku sehinggalah aku berjaya membeli sebuah kamera beberapa bulan kemudian. Itupun yang second hand je. Yashica FX3 (fully manual) dengan harga RM 250. Fuh….. macam baru dapat bini, mana pergi bawak kamera. Duit habis jangan kira untuk beli filem dan cuci gambar. Setelah aku mendapat sedikit panduan dari tauke kedai cara-cara nak ambil gambar, aku pun mula bereksperimen sorang diri tanpa memilih subjek yang mana cantik dan yang mana tidak. Masa tu tak terfikir lansung tentang faedahnya. Gambar yang aku ambil, kekadang jadi, kekadang tidak. Tapi aku tetap teruskannya demi minat ku selama ini. Hampir setahun aku ‘gila’ macam tu. Duit, entahlah tak tau berapa ratus dah habis. Tak pernah kira. Lepas tu aku sambung belajar selama dua tahun di Institusi Kemahiran. Terpaksalah aku ‘berpuasa’ untuk selama dua tahun demi masa depan. Tapi dalam pada tu pun mencelah juga melepaskan hajat. Selepas belajar selama dua tahun dan kerja dengan sebuah syarikat di Setiu masa untuk ‘melayan’ hobi ku itu agak terhad kerana sibuk dengan urusan kerja dan mungkin jugak kerana kepenatan bekerja.

Selepas dua tahun bekerja di Setiu, aku ditawarkan kerja agak baik iaitu dengan sebuah Jabatan kerajaan di Kuantan selama 4 tahun. Bila mempunyai pendapatan sendiri dan boleh berbelanja mengikut kehendak sendiri dan jauh pulak dari mak bapak, bujang lak tu, apa lagi enjoy sakan le aku. Hampir setiap bulan aku melancong samada seorang diri atau dengan kawan satu tempat kerja. Lama-kelamaan hasil gambar ku kian baik (nampak le gambar tu, tak le teruk sangat ketika mula-mula pegang kamera) dan sedikit-sedikit menambahkan aksoseri kamera iaitu lense dan filter. Pada akhir tahun 1995, aku berhijrah ke Kuala Lumpur.

Semasa di Kuala Lumpur, hobi mahal aku ini mula serius dan banyak mencari serta mempelajari bidang yang menyeronokkan ini. Seperti biasa lepas waktu kerja pukul 5.00 petang aku merayau seorang diri kat shopping komplek sambil menjenguk kedai-kedai yang menjual kamera. Window shopping. Tapi tak banyak yang boleh aku buat kerana kat bandar mana nak ambik gambar sebab masa tu fokus aku cuma pada gambar landskap dan bunga-bungaan sahaja. Taman-taman ade le.

Suatu hari aku terpandang satu iklan di sebuah kedai gambar di Pertama Komplek tentang kursus fotografi yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama ASFON. Aku tak banyak berlengah malahan berfikir, terus aku telefon bertanyakan cerita lebih lanjut mengenainya. Setiausahanya pada ketika itu ialah En Ahmad Samsi. Terus bersetuju dengan bayaran RM300 (kalau tak silap) untuk 3 kali seminggu selama 3 bulan bermula 6.00-11.00 malam. Berbekalkan Yashica tu lah aku masuk kelas. Tak le malu sangat sebab ada orang lain yang tak ada kamera lansung tapi mempunyai keinginan untuk belajar. Dari situ aku mempelajari dengan penuh tekun walaupun penat bekerja dari 8.00-5.00 tadi tapi aku tak kisah. Masa tu aku belum lagi memberitahu kawan serumah yang aku sedang berkurus fotografi sebab sebab segan.

Takut kena perli kerana bagi mereka aktiviti ini tidak berfaedah dan membazir masa serta duit. Dari situ aku mendapat ramai kawan-kawan yang sealiran dengan ku (lebih kurang 30 orang satu kelas) dan aku amat tertarik salah seorang peserta kursus iaitu Salim Mokhtar. Dia memiliki peralatan kamera yang engkap dan canggih seperti profesional. Dia menceritakan bagaimana cara untuk memulakan bisnes dengan menggunakan kamera di K.Lumpur sebab dia dah buat sejak tahun 1992 lagi. Tujuannya mengikuti kursus ini adalah untuk mencari kawan-kawan yang sealiran dan berkongsi pengalaman. Seperti mana yang diketahui bahawa karier ini hanya dimanopoli oleh kaum cina kerana kaum bumiputra masih takut-takut dan memerlukan modal yang banyak. Dia mahu kita menyaingi kaum cina dan kalau boleh mengatasinya. Aku amat kagum dengan semangatnya. Tapi paling penting ilmu dan pengalamannya. Aku menawarkan diri untuk mengikutinya ketika dia keluar mengambil gambar dengannya setelah kursus ini tamat nanti.



Semasa kursus ni banyak perkara yang aku pelajari sebab selama ini aku hanya pandai petik je, tapi fungsi lain kamera dan banyak lagi faktor-faktor yang perlu aku tak tau. Aku tidak pernah ponteng kelas sehinggalah kursus ini tamat. Antara pengajar yang terlibat ialah En Haidar, En Mohd Nor, En Hamzah Hurmin, En Zamani dan ramai lagi. Aku amat berpuas hati dengan hasil yang aku dapat dan terus mengikut kawan ku Salim untuk belajar ‘buat duit’ dengan kamera. Diantara perkara yang boleh dibuat ialah gambar majlis perkahwinan, group foto (biasanya kursus, seminar dan sekolah) dan majlis-majlis rasmi lain. Walau apa kerja sekali pun, peringkat permulaan amatlah susah dengan pelbagai cabaran yang tidak diduga tapi kita perlu banyak bersabar dan tekunkan kerja kita tanpa rasa jemu. Malu adalah cabaran paling besar yang aku hadapi kerana kurangnya pengalaman untuk berdepan dengan orang ramai.

Aku mengikuti Salim ke suatu majlis perkahwinan di Petaling Jaya dan cuba mengambil gambar pengantin dengan menggunakan kamera Yashica FX3. Setelah beberapa hari Salim meneliti gambar ku ambil dan membuat beberapa teguran kerana dia meletakkan kualiti penting bagi meneruskan kerja sepertinya. Sebenarnya dia buat kerja ni sebagai ‘partime’ sahaja disamping dia kerja pejabat. Untuk mempelajari ilmu fotografi ke peringkat yang lebih tinggi, aku perlu lagi menghadiri kelas untuk meningkatkan mutu gambar sebab jika dibandingkan gambar aku dengan dia, jauh bezanya. Aku terpaksa akur dan Salim tolong carikan tempat yang sesuai. Bekas pensyarah UM En Jaafar tempat aku menuntut kali ni, tapi bayarannya aku terkejut beruk dibuatnya. RM800 untuk tiga kali seminggu selama 3 bulan. Oleh kerana aku amat berminat, aku terpaksa mengikat perutku lagi sekali dan memohon bayaran dibuat secara beransur-ansur. En Jaafar mungkin faham dengan masalah aku membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskannya kelas ini lagi pun cara pengajarannya berbeza dari kursus asas dengan ASFON sebelum ini.

Setelah tamat kursus dan hasilnya aku bagi salim komen dan hasilnya amat memuaskan. Masih ada banyak lagi kelemahan tapi pada tahap yang tidaklah teruk sangat berbanding hasil yang terdahulu. Tapi ada lagi satu masalah lain iaitu jenis kamera yang aku sedang guna iaitu Yashica FX3 tidak dapat memberi hasil yang dikehendaki. Dia cadangkan aku gunakan kamera yang lebih baik iaitu nikon SLR FM2 fully manual adalah yang paling sesuai untuk belajar dan bisnes. Harganya membuatkan aku terkejut ‘bapak beruk’ lagi. Aku kena laburkan duit lagi, tapi kali ni lebih banyak. Aku terpaksa korbankan duit ASB yang ku simpan untuk kawin pada hujung tahun ni. Perkara ni aku tak bagi tau sesiapa masa tu kecuali tunang aku dan alhamdulillah dia merestuinya. Aku nekad untuk gunakan duit ni untuk membeli kamera idamanku dan berazam untuk menabung semula kerana ini satu-satunya modal untuk aku berkahwin. Aku rasa duit aku melayang dalam lingkungan RM4000 dalam akaun ASB tu. Dua tiga malam aku tak dapat lelapkan mata memikirkannya. Gila betul keputusan aku kali ni kerana minat aku pada fotografi ni dah diperingkat luarbiasa. Harapan ku untuk pulangkan modal tu hanyalah kepada Salim kerana dialah aku membuat keputusan ini dan mungkin dia tengok aku amat bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dalam bidang ini.

Aku mendapat projek pertama untuk mengambil gambar orang kahwin (di Cheras kalau tak silap) melalui Salim kerana dia mendapat tempahan lebih pada minggu tersebut. Satu roll aku charge RM100. Aku ambil 5 roll. Berpeluh sejuk aku dibuatnya walaupun pada hari lansung berkenaan hujan renyai-renyai tapi bila menerima duitnya solid RM500 lega dan puas rasanya. Bayangkan RM500 dalam masa satu hari kerja. Aku fikir mana ada kerja yang boleh hasilkan pulangan sebanyak tu dalam sehari untuk kerja seorang. Bila ditolak dengan modal yang dikeluarkan, keuntungan kita hampir 70%. Fuh….. hebat dan lumayan. Kalau setiap minggu macam ni kaya aku. Dah terbayang dalam kepala untuk kerja seterusnya. Bila hasil gambarku siap aku bagi kepada salim untuk dia buat ulasan atau komen. Aku dapati tidak banyak yang dikomen kali ini cuma dari segi lighting dan sudut saja. Katanya aku perlu banyak meneliti gambar-gambarnya sebelum ini (koleksinya) untuk rujukan.

Hasil mutu kerja ku setiap kali semakin baik dan tidak banyak komen aku terima dari Salim dan aku mula mencari sendiri peluang kerja tersebut iaitu melalui gambar-gambarku sebelum ni. Sebelum ini aku mendapatkan job melalui salim sebagai ‘mastermind’ tapi kini kerja itu datang sendiri pada setiap hujung minggu samada gambar majlis perkahwinan, group foto atau majlis-majlis yang lain. Kadang-kadang gambar pasport pun aku dapat lagi pun keuntungannya lagi banyak.

Bisnes ku cepat berkembang dan rakan-rakan ku (semuanya partime) yang lain seramai lebih kurang 25 orang turut merasai keseronokannya. Ada satu-satu masa tu pendapatan partime kami melebihi gaji hakiki yang kami terima. Ketika itu gaji pokok aku hanya RM749.00 sahaja sebulan. Cukup lah sebagai orang bujang. Jika diambil dalam seminggu pendapatan purata dari gambar ialah RM500 dan kalau 3 minggu dan RM1500. Itu kalau RM500, ada kalanya pelanggan kami inginkan sampai 10 roll. Jawabnya RM1000 untuk sehari. Aku mula berangan-angan dengan mengira conggak pendapatan dari fotograf perkahwinan ini. Pada waktu cuti sekolah, tempahan sampai sebulan lebih awal kerana mungkin pelanggan takut terlepas khidmat kami. Kadang-kadang kerja ku sampai ke Bagan Dato, Perak, Seremban dan Melaka. Merata ceruk kami menjelajah setiap kampung dan taman. Bayangkanlah berapa juta orang penghuni kotaraya itu kebanyakannya orang muda dan tentunya yang bujang nak kawin. Diorang semua kerja dan duit tak jadi masalah asalkan hajat hati serta kepuasan tercapai. Misalnya kalau bergambar untuk majlis perkahwinan mestilah puas hati kerana kawin ni adalah sekali seumur hidup, itu pun kalau kekal. Jadi orang macam kami ini lah yang dicarinya kerana kalau pergi kedai cina mesti kena cadang sampai ribu-ribu. Tapi dengan kami,insyaAllah kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Pada akhir tahun 1997, sedang aku leka dan seronok menjadi jurugambar ‘partime’ dan yang menjadi minatku sejak dulu lagi serta amat menguntungkan ini ada berita yang kurang menyenangkan iaitu aku sekali lagi ditukarkan ke Besut Terengganu iaitu negeri kelahiran ku. Sepatutnya aku gembira sebab dapat ‘balik kampung’ tapi tidak kerana di Terengganu mungkin kegiatan fotografiku terhad dan tidak serancak K Lumpur. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Fotografi perkahwinan memang ada tapi tak lah serancak berbanding K.Lumpur dulu. Harga pun tak boleh nak ‘demand’ sangat macam kat bandar. Sekarang ni aku buat sorang diri (lone ranger) tapi cover sampai ke Kuantan dan Kota Bahru. Susah nak cari member seperti kat K.L dulu dan kalau ada pun hanya mampu menyatakan minat saja tapi tak sanggup nak laburkan duit macam yang aku buat dulu. Itu lah perbezaan tahap minat seseorang terhadap sesuatu perkara.

Kini aku mempunyai satu body nikon FM2 lengkap dengan motor drive MD12, lense 24mm (wide angle), 35-105mm dan 70-300mm. Flash yang aku gunakan ialah metz 32-z2, memadai untuk buat kerja yang tidak besar sangat. Kalau ada kerja yang besar aku pakai gun flash metz 60-ct4.

Kini aku sedang merangka semula projek dan mencari seberapa ramai yang boleh peminat fotografi tetapi tidak semua peminat fotografi berminat untuk buat projek sebegini kerana mereka mempunyai projek tersendiri seperti jurugambar akhbar, majalah atau iklan atau yang saja-saja minat ambil gambar permandangan dimasa lapang (bagi orang yang banyak duit). Satu peringatan kepada peminat fotografi bahawa hobi atau minat ini memerlukan duit yang banyak dan jangan sekali-kali terjebak dengannya jika sayang untuk belanjakan duit kerana kamera anda mungkin akan menjadi kamera perhiasan sahaja kerana sudah ada kawan aku yang menjadi contohnya.

Tapi bagi mereka yang betul-betul berminat teruskan kerana hobi ini tidak akan mensia-siakan kita malahan mendatangkan keuntungan jika dibuat dengan cara betul. Sebagai contoh, dimasa kini urusan apakah yang tidak memerlukan gambar?. Nak mintak kerja perlukan gambar, iklan, kahwin, kertas kerja, projek, buku, majalah dan banyak lagi tak terkira. Oleh itu gambar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan moden ini tapi sayang berapa keratkah bidang ini diceburi oleh kaum Melayu. Cuba renungkan sejenak dan bagaimanakah caranya untuk meningkatkan lagi pencapaiannya.

2005 BERMULANYA ERA KAMERA DSLR (DIGITAL)

Aku rasa cukuplah setakat ini dulu aku bercerita dengan panjang lebar dan rasanya kalau duduk bersembang tentang fotografi tak habis. Oleh itu, sekiranya anda yang mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi silalah kemukakan untuk perkongsian yang berfaedah dan motivasi kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan fotografi. Kalau anda seorang peminat fotografi tulisan ini adalah pendek tetapi kepada bukan peminat fotografi ianya amatlah membosankan untu dibaca.

Sekian ….Semoga bersambung




© Pidgin Technologies Ltd. 2016